Korang sudah bayar saman ?

Salam keceriaan di pagi Isnin ini.

     Ha korang sudah ke menjelaskan saman-saman yang tertunggak ? Seperti yang kita sedia maklum, tarikh akhir untuk menjelaskan saman adalah hari ini 28 February 2011. Berapa saman yang korang ada ? berapa banyak ? berapa kurun tak bayar ? 
     2 hari lepas, hari Jumaat aku ada tengok Buletin TV3 cerita pasal saman ni. Ada seorang pakcik ni yang memberi komen “tarikh pembayaran perlu dilanjutkan “. Pada aku bukan tarikh tu yang perlu di panjangkan tetapi mentaliti kita yang kena ubah. Kalau pun di lanjutkan 10 tahun lagi tapi jika mentaliti kita tetap sama, keadaan tidak akan berubah. Dah menjadi tabiat rakyat Malaysia kan ( walaupun bukan semua ), suka buat kerja last minit. Mana tak nya 2-3 hari sebelum tarikh akhir ni lah nak berebut-rebut buat bayaran. Bersesak-sesak manusia kat balai polis trafik. Lepas tu komplen kena tunggu berjam-jam untuk settle kan saman. Komplen lagi petugas-petugas buat kerja lembap dan tak cekap. Sistem jadi slow untuk proses bayaran apabila sudah terlalu ramai sangat membuat capaian ke server. Dan bila sistem online down pulak, komplen lagi.
    Semua benda nak salahkan orang lain. Habis tu, diri sendiri tak salah ? Sapa suruh tak jelaskan awal-awal. Ini lah orang kata, bila dah nak uk uk baru nak korek lubang. Kalau tak sempat maka berteraburlah merata-rata. Padahal kerajaan dari tahun lepas dah mewar warkan tentang benda ni. Kiosk untuk menjelaskan saman pun di buka merata-rata seperti pejabat pos. Kalau pun sibuk sangat (alasan je semua ni ) boleh je bayar secara online. Boleh aje gunakan perkhidmatan seperti MyeG. Tak perlu susah-susah nak  beratur panjang (kalau pegi tengok movie boleh pulak nak beratur yek). Masa pun jimat.
    So korang macam mana ? sudahkan anda menjelaskan saman anda ? korang terlibat tak dengan adegan tolak menolak or bersesak sesak ni ? Mari kongsi pengalaman dengan aku.

p/s : aku dengan bangganya nak menyatakan yang aku telah menjelaskan saman. heheh tengok rekod di bawah dalam red bold line.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*