Monthly Archives: February 2011

Sudah 2 minggu rupanya

   Hari ini maka genaplah usia anak kami, Bree,  2 minggu. Alhamdulillah, dia masih kuat. Syukur padaMu dengan nikmat dan rezeki ini.
   Masih segar dalam ingatan aku, pada waktu ini, aku menanggung kesakitan yang amat sangat di katil Dewan Bersalin Hospital Selayang. Dengan tidak di temani sesiapa pun, aku bertarung untuk melahirkan zuriat kami yang tercinta. Walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya tidak dapat di ungkapkan, tetapi aku tetap berjuang dan bertahan kerana aku yakin akan ada satu kelahiran anak Adam yang kudus sedang menanti kami. Dan akhirnya penantian dan kesakitan aku tidak sia-sia. Bayi perempuan kami telah selamat di lahirkan pada 6.47 AM pada hari manusia melahirkan Hari Kekasih, 14 Februari.
    Semalam aku pegi melawat Bree seperti kebiasaanya. Oh ya, 2 hari lepas dia kena jaundice tapi semalam dah ok semula. Tekanan darahnya yang tinggi dari 186 juga telah turun kepada 146. Paras oksigen yang diberikan juga telah di kurang kan kepada 21% daripada 25 %. Cumanya yang tinggal adalah kahak dalam dadanya.  Nurse terpaksa membersihkan lendir itu setiap 2 jam sekali. Feeding pula masih lagi 1ml setiap sesi. Sebelum ni Bree kena berpuasa untuk keringkan cecair yang ada dalam perutnya. Kesian Bree, kecik-kecik lagi dah berpuasa. Tak apa lah nak, Bree kan kuat seperti mama..
    Kulitnya sedikit menggelupas. Mungkin disebabkan haba yang memang disetkan dalam inkubator tersebut menjadikannya kering. Nanti next aku nak bawak baby lotion untuk disapukan pada Bree. Selain tu, tak ada major issue. Alhamdulillah. Seronok dengar penjelasan doktor yang memberangsangkan ini.

Bree, mama akan sentiasa datang menziarahimu, mendodoikan mu dan berbual dgn mu. Mama akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu siang dan malam. Kamu mesti kuat melawan segala jenis jangkitan yang ada disekitarmu. Mama tahu kamu kuat dan kamu mampu. Kamu kuat seperti mamakan. InsyaAllah suatu hari nanti, kita akan bersatu semula sebagai sebuah keluarga. Mama tak sabar untuk mendakapmu. Mudah mudahan Allah makbulkan doa mama. Sayang Bree.. 

Korang sudah bayar saman ?

Salam keceriaan di pagi Isnin ini.

     Ha korang sudah ke menjelaskan saman-saman yang tertunggak ? Seperti yang kita sedia maklum, tarikh akhir untuk menjelaskan saman adalah hari ini 28 February 2011. Berapa saman yang korang ada ? berapa banyak ? berapa kurun tak bayar ? 
     2 hari lepas, hari Jumaat aku ada tengok Buletin TV3 cerita pasal saman ni. Ada seorang pakcik ni yang memberi komen “tarikh pembayaran perlu dilanjutkan “. Pada aku bukan tarikh tu yang perlu di panjangkan tetapi mentaliti kita yang kena ubah. Kalau pun di lanjutkan 10 tahun lagi tapi jika mentaliti kita tetap sama, keadaan tidak akan berubah. Dah menjadi tabiat rakyat Malaysia kan ( walaupun bukan semua ), suka buat kerja last minit. Mana tak nya 2-3 hari sebelum tarikh akhir ni lah nak berebut-rebut buat bayaran. Bersesak-sesak manusia kat balai polis trafik. Lepas tu komplen kena tunggu berjam-jam untuk settle kan saman. Komplen lagi petugas-petugas buat kerja lembap dan tak cekap. Sistem jadi slow untuk proses bayaran apabila sudah terlalu ramai sangat membuat capaian ke server. Dan bila sistem online down pulak, komplen lagi.
    Semua benda nak salahkan orang lain. Habis tu, diri sendiri tak salah ? Sapa suruh tak jelaskan awal-awal. Ini lah orang kata, bila dah nak uk uk baru nak korek lubang. Kalau tak sempat maka berteraburlah merata-rata. Padahal kerajaan dari tahun lepas dah mewar warkan tentang benda ni. Kiosk untuk menjelaskan saman pun di buka merata-rata seperti pejabat pos. Kalau pun sibuk sangat (alasan je semua ni ) boleh je bayar secara online. Boleh aje gunakan perkhidmatan seperti MyeG. Tak perlu susah-susah nak  beratur panjang (kalau pegi tengok movie boleh pulak nak beratur yek). Masa pun jimat.
    So korang macam mana ? sudahkan anda menjelaskan saman anda ? korang terlibat tak dengan adegan tolak menolak or bersesak sesak ni ? Mari kongsi pengalaman dengan aku.

p/s : aku dengan bangganya nak menyatakan yang aku telah menjelaskan saman. heheh tengok rekod di bawah dalam red bold line.

10 Hari Selepas Kelahiran

    Selepas hari yang mendebarkan buat kami sekeluarga, berkat doa kudus kalian semua yang ada our baby shows good signs. Jutaan terima kasih kami ucapkan.. Budi baik anda semua akan kami kenang sampai akhir hayat *tears.. 2nd attempt untuk dapatkan air tulang belakang masih belum di buat lagi. Masih put on hold  until further notice.
   Semalam kitorang pegi tengok baby. Update tahap kesihatan baby.

  •  doctor dah remove respirator yang masuk ke lung dia. Sekarang hanya pakai tiub oksigen letak hidung je. It shows she can breath on her own. Good job my girl ! I know you can make it.
  • blood pressure is more stabil. previously up to 186 but now around 160
  •  she’s fasting since early morning because there is thick phlegm when they remove the tube. so puasa will dried it out. But doctor gives her special milk for her stomach but not ebm. Aku pun tak sure susu apa tapi nurse cakap ini untuk perut dia bila dah ok akan di beri ebm balik. cian baby…
  •  badan dia dah nampak ada isi sket kalau tidak kering je nampak tulang-tulang. dah le kecik comey je
  • overall performance improving… :)

Balik tu kitorang pegi JPN. Register nama baby. Sempat juga, abang JPN tu ngusik.

Abang JPN : “awak ni sapa ? “
Aku :  “saya ni mak baby “
Abang JPN : “bukan dalam pantang ke  ? ” Boleh eh jalan laju-laju ? “
Aku : (dlm hati) .. takkan la aku nak jalan macam pengantin bang oii..

Secara rasminya dah ada nama.. tapi tak nak la advertise satu duniakan .. (macam la satu dunia baca blog aku heheh) .. nama timang-timangan nya “Bree” singkatan dari Sabreena (bukan nama penuh 😀 ) ~ supaya kami dan dia bersabar menempuh dugaan dan cabaran ni. Semoga kami juga sama-sama kuat untuk terus bertahan…

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"

Subhanallah. God the Most Gracious !

When I look back, every single thing that happen to me (and us) has been well arranged by Him. No matter how detail we plan, but only He knows what works best for us. As for me, here all the “coincidence” that I can relate to my miracle journey.

  • When there was a rumors about my company moving to Cyberjaya, I don’t feel good all. If I were to work there, my expenses on fuel and toll will be increased twice as much. Plus I don’t think I can’t cope with time spending on the road ( go, fro and office ) with total of 16 hours minimum  perday ! Excluding taking kids from babysitter and dinner. Yes, I worked in 12 hours day shift and I need to get my ass there at 8 am and finish my work around 8pm. You can do the math. It simply not worth it. So I had a thought to quit. ( I believe Allah has given me way )
  • Few days after we moved, I got to know that I’m again pregnant. Wow ! This another big factor. Base on my experience on last 2 pregnancies, I’ll be having very bad morning sickness. And this time, it turns out to be worse until I need to have a drip. Plus I had a hard time traveling up and down with my conditions.
  • I always dream of working from home. I want to mold my children in my own way and see them grow up and be there with them. This is once in a lifetime event. I can’t afford to miss it. And I think this is the right time. So I quit my job without further hesitation officially on October 2010.
  • One week before I got delivered, my other half need to be admitted to hospital due to health problem. So one week I was all alone with no one only my kids at home. But, with Allah’s gracious, 1 day before my miracle baby was born, my mom came down to KL to attend engagement ceremony of my nephew. And that nite she stayed in my house. When I was rushed the hospital she was there to take care of my kids. Just imagine if the ceremony took place on other date, my mother for sure won’t be here that nite. Subhanallah !
  • Although my hubby was not around, lucky my brother stays near by (another “coincidence” ). So I called him up and ask him to bring me to hospital when I was terribly in pain. 
  • The day that I gave birth, the same day my hubby underwent operation so he couldn’t be here to look into the delivery matter. But my sister’s annual leave application has been approved  to one week. So, at least there are people who help me out with all the things.. Big thanks to my sis and my mom !
  • As I mentioned before, my tiny girl was born normally without ceasarian. So I was up on speedy recovery. I can easily move and do simple house work. I know I can not be too weak just because I just gave birth. I need to be strong. I have kids that needs attention, husband to take care of ( he is also not well, remember) and house to look into. And with God’s Gracious,  I feel fresh and energetic although just discharged from hospital. Subhanallah ! Only He is able to give me this strength. Alhamdulillah…
  • As a premature baby, she is susceptible to infection and virus as the internal organ is yet matured and need major attention. By quitting the job earlier, I will have all the time with her after this without worry to fill up annual leave form :) No wonder I had a thought to quit when my company move, Allah has a better plan for me. 

Don’t you think it’s a great well planned all together ? Subhanallah ..

“Then which of the favours of your Lord will ye deny?” –Surah 55 – Al Rahman THE MOST GRACIOUS




p/s : mind you, my English may be not so good and tunggang langgang. so if you find it is not comprehensible, kindly ignore this entry .. ngeee..



Penjelasan Doktor yang…

     Dalam kereta on the way the hospital, aku tak banyak cakap. Kami sama-sama diam tapi aku tak menangis. Sebenarnya mengumpul kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Dan tak lupa juga berdoa kepadaNya.
    Sampai di NICU, aku nampak dia masih dalam inkubator terbaring seperti sebelumnya. Wayar berselirat kiri kanan. Kebetulan doktor pun ada di situ jadi ini informasi dan penjelasan lanjut dari doktor. The best part is we managed to get explanation from a specialist itself  rather than just a doctor… :) Bukan senang nak catch mamat tu sebab tak ramai specialist pead kat sini. Memang dah rezeki kami agaknya..

  • Baby ada infection dalam darah dan memang dia telah di infuse kan dengan darah baru 3 hari lepas. Setakat ini baby memberi respond yang baik. Walaubagaimana pun further inspection perlu di lakukan pada spinal fluid untuk memastikan sama ada ia terkena jangkitan atau tidak. Jika ada jangkitan, maka rawatan akan di panjangkan lagi. 
  • Prosedur yang di lakukan tidak melibatkan major operation, tapi lebih kepada minor prosedur dengan sedikit incision (membuat sedikit bukaan) untuk menyuntik tulang belakang untuk mendapatkan sample fluid. Menurut doktor ia sama seperti proses mengambil darah tapi aku tak dapat nak menggambarkan bagaimana tulang belakang di suntik. Mesti sakit kan ..
  • Namun sample tidak dapat di kumpul hari ni kerana ia telah bercampur dengan darah. Bimbang keputusan nanti tidak tepat. Maka doktor akan lakukan nya sekali lagi esok hari. Harap-harap kali ni boleh. Kesian tengok dia kena cucuk lagi .. tapi mama tahu baby kuat kan :) 

     Overall, prosedur ini sebenarnya boleh di lakukan terus tanpa memberitahu parents tapi menurut doktor lagi, dia juga faham yang kadang-kadang isu berkaitan air tulang belakang ini merupakan isu sensitif bagi kaum Melayu. Jadi tujuan dia telefon adalah sebagai courtesy dari pihak hospital  untuk memberitahu parents. Thanks a lot doktor for informing us. It’s not because her condition became worse !. Alhamdulillah lega sangat aku dengar. It such a big relieved to us. Because I thought it’s a serious stage as a matter of fact the hospital called us 3 times !
     Currently baby is still equipped with respirator that is connected directly to her lung to support her breathing. But now she looks improving and the doctor plan to remove the machine. However it’s still under monitoring and they will only proceed once her conditions is really permitted. She also respond very well the blood given earlier. And today she looks more active. Her heart rate also more stabil. Alhamdulillah , Alhamdulillah, Alhamdulillah… itu saja yang mampu aku kata.. penjelasan doktor tadi benar-benar buat aku lega..
   Ok sambung sikit pasal infection tadi. Nama micro organism yang jahat tu ialah Pseudomonas. Kalau pada adult biasanya ia ada dalam hidung kita dan biasanya tidak memberi kesan sangat. Tetapi pada infant especially premature baby, it’s consider a disaster but anyhow it still can be treated. That is why they want to do thorough checking on the baby.
    Ada part yang aku nak komen sikit pasal doktor tadi heheh. Masa dia nak explain, nampak dia struggle untuk bagi kitorang faham.. mungkin sebab kitorang pakai selekeh kot heheh.. Ni entah mana kampung punya mari karang takut tak faham pulak ape aku cakap (dlm hati dia la kot) .. memula dia cakap micro organisma lepas tu dia tukar ayat cakap it’s a kuman ( dlm hati aku .. yes doktor saya tau it’s a kuman sebab saya juga belajar bio di sekolah dan Asasi dulu :p ) . Tapi aku respect la pada doktor ni sebab dia memang bagus. Jawab segala macam benda yang aku tanya dengan cool sampai siap tulis nama micro organisma a.k.a kuman bagi kat aku. Dan berusaha untuk convey message yang tepat. Dia memang ada tokoh untuk menjadi doktor yang hebat. Wa caya sama lu la doc !
Setinggi-tinggi terima kasih juga pada sedara mara , sahabat-sahabat lama, kawan-kawan FB, kawan-kawan yang kenal di alam maya ni kerana mendoakan baby miracle ni. Dengan berkat doa anda semua.. dia akan terus tabah dan bertahan.. Amin

Rentetan Dari Nurse call

     Jap tadi .. aku call hubby.. lambat la pulak dia nak sampai.. aku kat umah  mcm kucing nak beranak pulak.. kehulu ke hilir .. tak tenang.. last2 tadi aku call jugak hubby dia kat mana.. Dia dah ada kat depan lagi 10 mins sampai..
    Rupanya lepas aku call dia awal-awal tadi, nurse call dia jugak and dorang cakap kena sampai sana before kul 3 petang ni ( this nurse didn’t mention to me earlier on).. tak lama lepas tu.. nurse call dia balik mintak consent…
   My baby kena undergo operation untuk ambil air tulang belakang sebab dia ada infection. Dorang tak boleh tunggu lagi. Kena buat sekarang jugak !
  Actually last 3 days dia dah dimasukkan darah baru untuk fight dengan infection tu. Semalam aku pergi, doctor cakap ada inprovement. Alih-alih arini nak buat operation . Ya Allah baby sekecil tu kena buat operation.. ambil air tulang belakang setau aku sakit.. Ya Allah bantulah insan kecil ni.. berilah dia kekuatan.. aku juga harus kuat. kami semua kena kuat.. Aku tengah bersiap-siap untuk pergi ni.. Tunggu hubby datang.. Amin Amin..