Marathon Tour to the North

Orang katakan, jauh perjalanan luas pemandangan. So entry kali cite pasal jalan-jalan pulak hehe..

Bila morning sickness aku dah abis dlm mid of Dec 2010 yang lepas, hubby pun cadang nak bawak kitorang jalan2. Lagipun masa tu dah year end, so byk company yg closed down jap before masuk tahun baru.. Hubby pun dapat cuti seminggu. So kitorang plan nak pegi Penang je (padahal bukan la jauh benor dari kg. aku.. sejam lebih je dah sampai kekek ). Sebb cik somi malas nak drive jejauh  kunun. Saja bawak anak2 dan mak anak jugakberjalan.. Ari Isnin kami bertolak tghari.. sampai Butterworth naik feri.. Punya la suka budak2 tu hehe.. sempat lagi berposing..

Dah penat pusing2 town, petang tu pegi Batu Feringghi cari hotel murah.. disebbkan musim cuti sekolah, mmg susah la nak carik yg murah dan kalo ada pun dah full.. Last2 jumpa gak.. kira cam chalet la.. yang best betul2 tepi pantai.. bilik pun tinggal satu jek lagi kosong.. So dah malas nak pusing.. amik jek la.. dia charge RM150 huhuh.. tapi boleh jek lah.. sesekali .. anak2 aku pun ape lagi nampak je laut mcm kena histeria.. tak menyabo nak terjun.. masuk jek bilik.. cepat2 dorang tukau baju.. kitorang pun tak sempat nak berehat.. so layankan ajek la.. yang kelakarnya. abangnya tu takut nak pegi tempat dalam tapi nak main air jugak.. adiknya pulak tak padan dgn kecik.. pantang papa dia pegi ke tengah sket.. dia pun nak nyibuk.. walopun terkial2 sebb tertelan air masin kekeke..

Mlm tu pulak makan2 kat area situ je.. masing2 dah penat kan.. So pastu balik dan Zzzzz..

Hari ke-2, masuk town balik.. jalan2 kat Goergetown je.. Ingt nak pegi Bukit bendera tapi tutup pulak.. Sudahnya lepak kat tepi pantai Bayan Lepas.. Depan tu Pulau Jerjak.. best gak.. ramai je org dok amik angin situ.. couple pun ada.. Mlmnya dapat hotel kat Gurney Drive.. Waaa mmg lively la tempat ni.. Penuh dgn org.. yang paling best.. tempat makan dia.. kitorang pegi tempat yg juai pasembor byk2 tu.. Buntang mata aku nak pilih lauk.. mmg perghh.. marvelous la .. cucur udang dia sedap gile.. so kitorang pun makan sampai kenyang gila.

Hari ke-3 dah tak tau nak ronda kat mana.. so hubby ajak pegi Sungai Petani, pusing2. Bukan jauh sgt.. 30KM je lagi.. So aku ON je la.. pusing2 SP tgk takde ape pun.. mcm bosan. Bistu cemana ? cuti ada lagi.. takkan nak balik.. “kita pegi Alor Setar nak ? ” asben aku suggest.. “boleh pegi Pekan Rabu”.. asben aku provoke lagi kekeke.. “boleh aje ” hahahha.. so kami teruskan perjalanan ke Alor Setar. Dlm 50km dari SP tadi/ Akhirnya sampai la Pekan Rabu dia.. ala2 Pasar Payang kat KT.. kat sini ada jual kerepek, tikar mengkuang, dan barang2 kraf lain. Aku beli kerepek dgn ikan pekasam.. beli sket jek la sebb bukan bawak duit byk pun heheh.. tapi bila makan rasa nak lagi .. sedap siot.. ceit rasa rugi plak beli sket.. nnt bebila aku nak kirim kat member yg dok AL ni hehe. Dah abis pusing2 dlm kul 7 camtu.. pk lagi mana nak pegi.. haa.. idea, idea.. jom pegi Changlun dah dekat dgn Bkt Kayu Hitam ..maklumla aku ni tak pernah sampai.. so mcm jakun la nak pegi kan.. hahaha.. so kami teruskan perjalanan ke Changlun..Sampai sana dah mlm dah tak boleh masuk sebb complex tutup kul  7.. So kami pegi balik town dan dan tido kat hotel.

Hari ke-4. Kunun-kunun nak bangun awal nak serbu complex bebas cukai tu.. Disebabkan penat, masing2 bangun lambat hahaha.. takpela dah namanya berjalan.. so go with the flow je la.. Lepas makan dan siap2.. aku pun excited la nak masuk ke border .. asben aku pun sama.. 😀 .. Tapi bila masuk je tempat tu.. aduhh.. lemah semangat.. Korang tau, tempat dia mcm shopping complex biasa tu je.. rege pun takde la murah mana.. kalo cenggini.. baik je aku pegi The Store kat taiping tu.. takde bezanya .. ceittt… “takpela yang, sekurang2nya kita dah sampai dan dah tau.. so lenkali tak yah la datang sini ” kata asbenku.. lega la sket. Dan untuk mengubat kelukaan tu (chewah) asben propose kitorang teruskan journey ke Kuala Perlis.. yeahahaha.. jalan lagi hahaha.. korang jgn marah aa.. sampai sana dah nak malam.. so cepat2 cari hotel.. manusia mmg ramai sebb tempat ni merupakan jeti ke Langkawi.. ingt nak la pegi Langkawi dah alang2 sampai.. tapi nengokkakn manusia yg entah berapa ratus ribu orang tu.. so kansel jek la.. Mlm tu makan seafood kat jeti.. RM70 total.. lauknya, ketam bercili, siakap stim (kurang rasa sket), sayur, sotong goreng tepung. Air kitorang order laicikang 2 dgn fresh orang 1. Overall kira ok la makanan kat sini.. tapi still tak boleh lawan kedai seafood yang aku pegi kat Kuala Selangor tu.. marvelous !

Hari ke-5. Kat Kuala Perlis ni takde ape sangat, tapi yang aku perasan byk penduduk di sini yang mengusahakan perniagaan kat rumah. Benda yang dorang buat is belacan.. yes belacan you know, malay cheese.. hahahha boleh kata setiap rumah mesti ada signboard “Perusahaan Belacan Makcik Bedah” contohnya..sebb kat sini nampak orang tangkat geragau merata2.. tu sebb senang nak buat belacan kot. Ingt nak la beli satu.. jalan punya jalan sekali terlupa.. so takdapat la merasa belacan Makcik Bedah kekek. Petang tu dah penat tapi bersemangat lagi la nak berjalan.. So korang gues mana tempat kitorang nak redah pas ni.. Yes, mana lagi kalo tidak ke Padang Besar ..wohooo..Setelah hampir sejam lam keta.. maka sampaila kami ke Padang Besar..

Kat sini byk jual peralatan rumah mcm periuk, bunga2 hiasan, barang2 perkahwinan mcm cenderahati dan baju dan tudung. Tapi manusia punya la ramai.. Rege tu ada la kurang sket tapi aku ingt pesan kakak aku .. time2 gini dorang pun markup rege sebb time cuti sekolah.. Mcm biasalah kami tak beli ape pun sgt. Yang sempat aku rembat bunga hiasan utk mak dan mak mentua, baju satu dan seluar satu. Sebb niat tu nak berjalankan bukannak bershopping hehe..kira mcm percutian budget la.. Ni gambar dia..

So itu la saja cerita marathon tour to the North kami.. Owh ya.. balik tu kami singgah rehat2 kat satu resort.. Tasoh Resort. Cantik banget pemandangan dia.. saujana mana memandang.. sapa2 yang berhoneymoon kat sini mmg la boleh sgt.. tempat dia pun privacy.. Kami tak bermalam kat sini sebb plan nak balik dah.. Dan lagi pun boleh tahan gak rege resort dia semalam heheh.. Dlm kul 6  kami pun bertolak pulang semula ke Taiping dgn hati yang puas dapat menjelajah ke utara.. Bukan selalu dapat mcm ni.. “yang , ujung taun depan kita wat tour ke South pulak ye ” kata aku.. “erkkk ” asben balas dgn muka yang tensen .. kekek.. Sekian

One Response to Marathon Tour to the North

  1. salam singgah..tq bw to my blog..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*